Impian (album runut bunyi)

OST Impian ialah sebuah album runut bunyi yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Pony Canyon Entertainment untuk mempromosikan filem Impian arahan A.R Sulaiman yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini menampilkan pelakon dan penyanyi Amy Mastura sebagai watak utama bergandingan bersama pelakon Azhar Sulaiman. Atas sebab itu Amy dipilih untuk merakamkan lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam filem tersebut. Menerusi album runut bunyi ini, lagu "Diam-diam Rindu" dan "Lagu Untukmu" diangkat sebagai singles dan dipromosikan secara meluas. Dua buah lagu iaitu "Diam-diam Rindu" dan "Nada Rindu" dimuatkan dalam album solo kedua Amy yang diterbitkan beberapa bulan selepas itu berjudul Pujaanku.

Impian (album runut bunyi)

Dikeluarkan pada 1996
Penerbit Goh Boon Hoe
Genre Pop
Syarikat Pony Canyon Entertainment